Di Sebalik Nama
Author: Tan Sri Nazir Razak
ISBN: 9789672858041
Checking local availability
Title
RM49.00
Publisher,Alaf 21
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 464
Di Sebalik Nama membawa pembaca ke teras dunia politik dan perniagaan yang bergelora merentasi 50 tahun yang lalu.
Nazir Razak telah membangunkan Kumpulan CIMB menjadi salah sebuah bank yang paling berjaya di rantau ASEAN. Dalam kerjayanya yang merentas tiga dekad, beliau telah berada di tengah-tengah perkembangan utama yang berlangsung. Dan pada ketika yang lain, beliau berpeluang meyaksikan dengan dekat kesemua urus niaga terbesar dan pergelutan kuasa serta kemenangan dan kekalahan yang membabitkan pelbagai watak bermacam ragam dalam tempoh tersebut.
Memoir ini menampilkan kenangan Nazir tentang pengalaman membesar dalam keluarga politik terkemuka Malaysia, menyanjung legasi arwah bapanya, Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua yang dihormati, dan pada masa yang sama merupakan adik kepada Dato’ Sri Najib Razak, perdana menteri yang tempoh perkhidmatannya tamat dengan skandal 1MDB yang mengejutkan - dan kesannya masih terasa sehingga hari ini.
Ini bukan sekadar kisah Nazir sebagai salah seorang ahli perniagaan Malaysia yang paling berjaya; ia juga sebuah drama tentang kesetiaan yang bercanggah dengan prinsip yang selama ini digenggam erat.
Nazir mengakhiri buku ini dengan sebuah analisis politik ekonomi Malaysia dari sudut pandang beliau yang unik, dan menyatakan hujah-hujah yang kukuh untuk melakukan reformasi, dan cara-cara melaksanakannya.
Y
Yasmin Mumtaz Ahmad A book abt Tan Sri journey from childhood to his career. .Worth to read to gain and learnt different experience.
N
Norddin Bin Bachok Worth to read and have different perspective of view to counter mainstream opinion
M
MOHAMAD QUSYAIRY BIN AMERUDDIN Di Sebalik Nama
R
Rudy Ludinata Banyak ilmu yang dapat dipelajari setelah membaca buku ini. Membina legasi adalah sukar. Namun, seperti kata Dato' Nazir Razak, mempertahankan nilainya jauh lebih sukar. Buku ini teladan yang baik untuk menjadi pemimpin yang berintegriti. Bacalah.
M
Muhammad b Cholan Very good sharing experience with lesson learn to be taken.