Dia... Bangladesh Mari?

ISBN: 9789670992105
Checking local availability
RM22.00
Product Details

Publisher,Penulisan2u
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Setahun sudah berlalu. Apakah yang berlaku kepada lelaki yang aku tolong dulu? Selamatkah dia? Sihatkah? Atau sudah matikah? Menyesal aku kerana tidak menghantarnya sehingga ke hospital. Jika aku tahu sesaknya hidup dalam tanda tanya memang tidak aku lepaskan dia pergi.

Tiba-tiba aku terjumpa seseorang yang ada iras-irasnya di kedai cuci kereta. Aku beritahu sahabat baikku Mazuin, apa yang aku rasa dan Mazuin apa lagi, mengutukku kaw-kaw punya. Hmmm, akan aku buktikan kepada Mazuin bahawasanya naluriku tidak salah.

“Awak pernah pengsan tak setahun lepas? Pernah jadi gelandangan? Kurus kering tinggal tulang? Wajah awak ni ada iras-iras seorang lelaki yang saya tolong dulu.”

Dan nak tahu apa jawapannya...

“Saya Ismail. Saya bukan orang yang kakak cari sebab saya Bangladesh mari juga.”

Dia Bangladesh Mari? Oh, nahi nahi! Pengsan, aku rasa mahu pengsan. Berhari-hari aku memikirkan tentang ini. Hatiku tetap mengatakan dia bukan seperti yang dikata. Apakah yang perlu aku lakukan? Ya, aku perlu membuktikan kebenarannya. ~ Nur Ailis ~

Bangkit daripada kekecewaan rupa-rupanya satu kejayaan manis yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Umpama mati hidup semula. Aku mula menghargai setiap saat yang ada. Betapa bersyukurnya diberi peluang kedua.

Dalam seronok menikmati kehidupan baru, ada pula gadis yang datang mengganggu. Spesies apa perempuan ni pun aku tak berapa nak tahu. Sudah dikhabarkan siapa aku sebenarnya tetapi boleh pula dia datang lagi dengan pelbagai helah untuk membuktikan aku bukan Bangladesh mari sehingga aku tenggelam punca.

Tetapi apabila dia tidak lagi mengganggu, aku jadi rindu. Huh... Ini yang aku tidak suka! Rindu itu semakin menghimpit jiwa sehingga aku jadi nanar. Adakah aku sudah dilamun cinta? Ya, itulah hakikatnya.  ~Ismail ~

Setiap pertemuan sememangnya sudah diatur. Baik atau buruk, pahit atau manis kitalah penentunya. Saat dua jiwa sedang diamuk cinta, datang insan istimewa yang membawa sejuta misteri. Apabila misteri cuba dirungkai, ternyata kebenaran bakal menggoyahkan rasa cinta yang semakin bercambah. Rindu yang membara jadi beku dek sifat kemanusiaan yang menebal.

Aku ialah insan yang sudah dipilih untuk menempuh dugaan ini. Aku reda dan pasrah tetapi mengapa masih ada yang merasakan mereka lebih tahu apa yang terbaik untukku sehingga ada jiwa yang merana? ~Adenin~

Belajarlah untuk bersyukur dan bersyukurlah kerana bahagia.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)