Dia Bidadari Milik Luqman
Publisher,Rinsya Chasiani Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 388
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Ain dan Luqman. Tak pernah sebulu sejak dari kecil. Pantang berjumpa, ada saja perang mulut yang berlaku.
Kau dengar sini perempuan. Lelaki yang dapat kau sebagai isteri, memang malang nasib dia. Silap-silap, kau jadi janda." - Luqman
"Entah-entah, kau jadi bujang terlajak tapi kau jangan risau. Kalau aku masih tak kahwin lagi atau dah bergelar janda, biar aku pinangkan kau." - Ain
Tiba-tiba hati masing-masing sudah pandai menderhaka. Mulut kata benci tapi di hati, perasaan lain yang muncul. Di saat Ain dilamar seseorang, dia cuba dapatkan kepastian.
Pernah tak kau suka aku?"- Ain
"Memangtak lah aku nak suka kau. Nak anggap kau kawan pun tak ingin." - Luqman
Ain akur dirinya bertepuk sebelah tangan. Selepas bergelar isteri, Ain menghilang hampir 10 tahun. Sehinggalah ...
Ada orang meminang Man. Mak dah setuju." - Mak Yam
"Mak! Kenapa mak pandai-pandai sangat ni buat keputusan? Mak sedar tak siapa yang pinang Man tu? Ain mak ... Ain!" - Luqman
Hidup Luqman jadi huru hara dipinang Ain yang kini sudah bergelar janda. Takkan disebabkan sumpahan Ain dulu, dia jadi mangsanya? Kerana satu perkara, Luqman nekad menerima wanita itu sebagai isterinya.