Dia Cinderella Amanda

ISBN: 9789672300304
Checking local availability
RM27.00
Product Details

Publisher,Suara Hati Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Lima belas tahun di New York, Aireen Amanda akhirnya pulang ke Malaysia untuk menagih kasih ibu bapa kandungnya yang telah lama membuangnya sejak daripada kecil.

Tiba di Malaysia, sekali lagi Aireen didajalkan oleh kakak angkatnya, Maisarah. Kerana Maisarah, penampilan dan wajahnya yang cantik sudah tidak ubah lagi seperti seorang gadis gothic. Aireen semakin dibenci.

Zhariff Iskandar…. Lelaki yang paling digeruni Aireen sejak di New York lagi apabila Aireen tidak sengaja memalukan Zhariff di sebuah parti. Namun siapa sangka, lelaki itulah bakal suaminya nanti?

“Bagitau I Zhariff, siapa perempuan yang you cari tu!” - Maisarah

“I cari perempuan tu sebab I berdendam dengan dia! Sebab dia dah malukan I depan orang ramai. Sekarang puas hati you?!” – Zhariff

Walhal, Zhariff tidak pernah berdendam dengan gadis bernama Amanda itu. Cuma sekadar ingin mengembalikan gelang tangannya yang tercicir di parti sahaja.

Namun, kata-kata itu membuatkan Aireen semakin gerun dengan lelaki itu. Aireen terpaksa berpura-pura menjadi gadis gothic supaya Zhariff tidak mengenali wajahnya yang sebenar.

“Muka dah macam hantu!” - Zhariff

“Woi mamat! Mulut kau tu tolong jaga sikit. Nanti tak pasal-pasal aku tendang kau dari rumah ni.” - Aireen

Bertelingkah mulut sudah menjadi makanan harian mereka. Namun tatkala cinta sudah berputik, ada pula halangan yang mencemburui mereka. Angkara Naufal dan Nasya, Aireen yang tidak bersalah akhirnya digantung tidak bertali! Aireen semakin menderita.

Dapatkah salah faham antara mereka akan terlerai? Sedarkah Zhariff bahawa Cinderella Amanda yang dicarinya selama ini ialah isterinya sendiri?

Customer Reviews

Based on 4 reviews
100%
(4)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
S
Syahirah
Menarik

Watak Aireen dan Maisarah yang berbeza perwatakannya. Seorang polos dan seorang lagi ala-ala gothic. Novel ini bukan sahaja mengetengahkan kisah percintaan, tetapi sarat dengan kisah kekeluargaan. Dendam dan benci yang menjadi darah daging sehingga sanggup melukakan hati orang lain. Jalan cerita yang mantap dan tidak cliche.

b
biey
Terbaik!

Plot penceritaan yang menarik dan tidak membosankan, kisah Aireen Amanda yang telah dibuang keluarga, namun ingin bersatu kembali bersama keluarganya tetapi masih tidak diterima malah dibenci.

b
biey
Terbaik!

Plot penceritaan yang menarik dan tidak membosankan, kisah Aireen Amanda yang telah dibuang keluarga, namun ingin bersatu kembali bersama keluarganya tetapi masih tidak diterima malah dibenci.

A
Amy ezaty
Sangat menarik!

Sebuah novel yang menarik. Penyusunan watak yang baik. Plot dan peristiwa juga di atur dengn sangt tersusun pemilihan latar tempat juga sangat menarik perhatian pembaca. So nice ✨