Dia Duda Fresh
Author: Arriya
ISBN: 9789672069096
Checking local availability
Title
RM26.00
Publisher,Cute Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Duda bukan sebarang duda. Duda anak satu jadi pilihan. Sifat penyayang dan gaya santai mekanik bernama Umair itu buat Atiya terpikat.
Atiya nekad! Dia akan menjadi pomen terhebat untuk Umair! Hati Umair akan dicantum dengan hati sendiri. Akan dilumur dengan gam sekuat-kuat gam. Biar melekat till jannah!
“Matlamat saya sekarang Cuma mahu besarkan anak saya. Saya tak nak kerana sibuk mengejar cinta , perasaan anak saya terabai. Bagi saya, asal melihat Rania gembira ,itulah kebahagiaan sebenar saya.”
Membahagiakan si comel itu? Tidaklah sesusah mana. Sejak pertemuan pertama lagi, anak itu sudah jatuh sayang kepada Atiya. Jadi alasan itu memang tiada mampu menjadi alasan untuk Umair.
“Saya tak berminat dengan kisah perigi dan timba ni. Bagi saya membuang masa. Gayung dan paip kan ada. Apa susah nak timba-timba perigi pulak?” Pandai betul dia berkias. Menolak secara halus.
“Ish, tak patut sungguh! Timba dan perigi itu patut letak dalam muzium aja. Lainlah saya ni, ibarat rice cooker dan encik berasnya. Semua orang boleh kebulur kalau kita tak bersatu. Betul tak?” Atiya tergelak dengan kata-kata sendiri. Nampak sangat tak ada pengalaman menggoda.
“Kalau saya dah suka, tak ada rice cooker pun akan terima.” Pedih sungguh ditolak secara terang-terangan. Jadi perigi ditolak, nak jadi rice cooker pun kena reject!
Habis segala skill dia cuba diikhtiarkan, sayang si dia tetap membeku. Sedar diri bukan pilihan, Atiya mula berputus asa. Walau diubah ke versi Korea sekalipun, terhegeh-hegeh itu tetap perigi cari timba maknanya.
Atiya menjadi pejuang yang tewas. Hati mula menerima takdir. Mungkin jodoh versi kenen-kenen tanpa paksaan abangnya itu jodoh sebenar. Dipertemuan pertama…
“Encik?”
“Sis?”
Dua-dua terkedu. Rice cooker dan beras memang sah ada jodoh!