Dia Hero Sempurna

ISBN: 9789838222242
Checking local availability
RM29.00
Product Details

Publisher,FAJAR PAKEER
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages, 630

The girl with a broken wings, itulah yang boleh diibaratkan dengan kisah hidup Bellisa Niliyyah. Luarnya tampak indah, serba serbi sempurna. Bak kata orang memang material girl.

Tapi, andai sahaja mereka tahu di balik imej gadis periang, ada tersimpan parut luka dari masa lalu yang kelam. Ada tangis yang dipendam, ada teriakan suara yang tak didengarkan.

Kepercayaan Niliyyah diperkotak-katik, maruah diri dipijak oleh mereka yang bernama manusia.

Namun dengan adanya Imtiyaz Daniel, telah mengubah kanta mata Niliyyah memandang dunia. Imtiyaz ibarat knight in shining armour, menarik Niliyyah keluar dari gelapnya kabut hitam.

“I would do everything to make you happy, I may not have the right words to express you how I feel and make you understand how deep this feeling.” - Imtiyaz Daniel

Kesungguhan Imtiyaz benar-benar menggugat ego Niliyyah. Mengapa lelaki itu perlu datang kembali setelah dia sudah berjaya melepaskan semua impian dan harapan?

Imtiyaz cuma masa lalu yang tak ingin lagi Niliyyah dambakan hadirnya! Sudah puas dia meratap sedih, cukup letih dengan semua hambatan luka yang datang bertubi-tubi. Silapnya

sendiri kerana berharap pada lelaki yang tidak tahu akan kewujudannya sama sekali.

Persoalannya, mampukah Imtiyaz terus berjanji setia meski hamparan ombak datang menerpa? Adakah cinta lelaki itu masih utuh selepas berjaya menempa nama di mata dunia?

“Tolong jangan bencikan saya,” - Bellisa Niliyyah

Niliyyah rasa kecil di samping lelaki itu. Imtiyaz seperti garuda membelah awan, sedangkan dia tak ubah seperti rama-rama yang sudah patah sayapnya. Namun, patah atau tidak, bukan penghalang untuk serangga sekecil itu terbang tinggi, bukan?

Adakah saya memang layak digelar bodoh kerana setia?

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)