Dia Kesayangan Jiwa
Publisher,Anaasa Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Tolong Yusuf sedarkan dia. Dia kena tahu yang dia takkan jumpa lelaki yang lagi baik daripada Yusuf –Daiyan Yusuf
Kalau kata nanti awak berjaya sedarkan dia dan dia pun sedar yang awak ni pilihan paling baik pernah dia ada, akak macam mana? –Deena Adelina
Lantaran patah hati saat pinangannya ditolak Melina, Yusuf nekad untuk menyedarkan gadis itu semula bahawa dia adalah pilihan terbaik. Deena yang muncul saat dia perlukan ‘bantuan’ membuka jalan untuk Yusuf realisasikan rencananya itu. Bagi Yusuf, jika Deena dapat merasakan sesuatu maksudnya dia masih pandai menjaga hati seorang wanita. Di pihak Deena pula, Yusuf mengingatkan dia kepada seseorang. Cinta pertama yang tak terungkapkan gara-gara tiada keberanian. Dia mahu kenal Yusuf dengan lebih dekat, tanpa menaruh sebarang harapan untuk jatuh hati. Mereka perlu sama-sama profesional. Deena hanya membantu Yusuf, titik!
Sebuah novel yang mengisahkan tentang Daiyan Yusuf yang mengejar cinta Deena Adelina yang mempunyai jarak usia sebanyak 8 tahun. Buku Ini menggunakan POV dari kedua dua pihak yang membuatkan pembaca seperti membaca diari mereka berdua. Buku ini boleh dijadikan bahan bacaan santai kerana jalan cerita nya santai dan smooth perjalanan. Buku Ini mengandungi pelbagai isu yang diutarakan membuatkan pembaca merasakan buku ini dekat dengan mereka.