Dia Khalifah Hidupku
Publisher,Karya Bestari
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Kitalah khalifah buat jiwa sendiri, pemimpin bagi yang mengikuti, mentadbir kemakmuran di bumi dan beribadat hanya pada-MU, Ya Rabbi. Amanah sebagai khalifah-NYA diberi tanpa mengira jantina, harta, pangkat, rupa mahupun warna kulit. Betapa istimewa kita, bertambah beruntungnya kerana kitalah umat yang bakal memiliki syafaat baginda di akhirat sana.
Wahai kaum Adam… engkaulah pemegang amanah terbesar buat ibu, isteri, anak-anak dan saudara perempuanmu. Dipertanggungjawabkan pada setiap keputusan yang diambil mahupun sebaliknya. Tidak akan terlepas tanpa disusuli dengan soal jawab dan bakal diganjari kebaikan. Didiklah wanitamu dengan keimanan. Bukannya melalui harta ataupun pujian.
Aduhai kaum Hawa… taatilah khalifahmu. Setelah diijabkabulkan, syurga yang berada di telapak kaki ibu bertukar di bawah limpahan kasih suami. Usah ditangguh lagi untuk membuat ‘tempahan' menjadi penghuni jannatul firdausi. Akurlah dengan tuntutan agama agar khalifahmu tidak dizalimi api neraka akibat menanggung dosamu. DIA KHALIFAH HIDUPKU menuntun kita memuhasabah diri. Jadikan Rasulullah SAW dan pemimpin mukmin terdahulu sebagai idola dalam kita melayari kehidupan sebagai khalifah-NYA.
Antara Kandungan Menarik:
Wasiat Imam Kami
Mengenali Selepas Dikenali
Tika Waktu Pandai Cemburu
Terapi Mengawal Kemarahan
Keindahan Bukan Disewa Sehari
Ini Jodoh Kita, Ini Rancangan DIA