Dia Lelaki Paling Ohsem!
Author: Waniey Zakaria
ISBN: 9789670874432
Checking local availability
Title
RM27.00
Publisher,Kaki Novel
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 800 g
No. of Pages,
Walaupun awak garang macam bapak singa, awak tetap lelaki yang paling OHSEM di hati saya!
Dalam ramai-ramai pembantu peribadi, hanya Sofia Maisara yang mampu bertahan dengan kerenah Tuan Ezmair yang semedang aje ‘panas melampau’. Namun, dalam benci timbul rasa sayang buat ‘bapak singa’ itu.
Kerana Lara Rania memutuskan tali pertunangan mereka pada saat-saat akhir, Tuan Ezmair memilih Sofia Maisara sebagai pengganti Lara Rania. Namun, adakah lamaran itu ikhlas daripada Tuan Ezmair ataupun semata-mata untuk menutup malu keluarga lelaki itu?
Setelah mendirikan rumah tangga dengan Tuan Ezmair, Sofia Maisara tidak sangka lelaki yang digelarkannya ‘bapak singa’ itu merupakan lelaki paling ohsem. Dirinya dikawal, dijaga dan disayangi.
Namun siapa sangka, kebahagiaan yang mereka kecapi telah mengundang cemburu di hati Lara Rania. Kasih yang berkubur cuba diraih semula. Dalam masa yang sama, seseorang dari masa lampau Tuan Ezmair muncul semula untuk melunaskan dendamnya terhadap lelaki itu. Siapakah yang berdendam dengan Tuan Ezmair itu? Dapatkah Lara Rania menawan semula hati Tuan Ezmair?