Dia...Si Perancang Hati
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Impiannya hanya ada dua, keluarga dan perniagaan Rumah Hati. Tapi, siapa sangka akibat insiden tercampak kasut dalam tren mengubah segalanya.
“Kasut sebelah kanan, saya sempat sambut. Kasut sebelah kiri, saya sempat elak daripada terkena muka saya yang antara terkacak dalam tren ini.”- ALYAN IZZ
Selepas kejadian cinta tren tak jadi, mereka ditemukan lagi… Tak sangka pulak, Alyan Izz dan Firyal Aleyna ni berjiran.
Haila, benarlah kata orang, jodoh tak pernah salah alamat, mungkin tersesat lambat sampai saja. Bukan setakat kasut yang melayang. Hati pun melayang sekali!
Bila dah berjiran lagi mudah nak atur strategi memikat. Siap ada nama ‘Projek 6 Bulan’ lagi. Projek memikat Firyal Aleyna untuk dilamar sebagai isteri. Isteri tau! Bukan girlfriend!
“Surat anda berjaya sampai ke tangan penerima. Zaman klasik sangat tapi I likeeeeeee…. ”– FIRYAL ALEYNA
"Jangan cium pula surat tu tau sebab tak sempat nak tabur bedak."- ALYAN IZZ
Baru hati Firyal Aleyna rasa nak kembang setaman, muncul pula ribut taufan bila Aleeya yang simpan perasaan cinta pada Alyan Izz merasakan Firyal Aleyna tak layak untuk jejaka itu. Firyal Aleyna pula tak nak mengalah. Dia akan pastikan projek enam bulan itu berjalan dengan berjayanya sampai Alyan Izz genggam tangan tok kadi.
Namun, satu insiden berlaku menyebabkan Firyal Aleyna dianggap seperti manusia yang tidak berguna… wanita yang tidak layak dicintai.
Kenapa semua menganggap dia musuh secara tiba-tiba?
Mampukah Firyal Aleyna melangkah kembali mendapatkan Alyan Izz?
Atau jiwa yang digenggam terkulai layu kerana ada yang lagi layak untuk si dia?
Biarlah hati yang merancang kerana dia tau di mana untuk berlabuh.
Sebuah kisah percintaan antara Alyan Izz dan Firyal Aleyna yang bermula dari kejadian yang tidak disangkakan di dalam tren. Hubungan mereka semakin intim apabila mereka menyedari bahawa mereka adalah berjiran selama ini. Namun, langit tidak selalu tidak cerah apabila terdapat banyak gangguan terhadap mereka berdua. Apakah kesudahan kisah mereka. Kena cepat dapatkan buku ini.
Plot penceritaan yang menghiburkan dan tidak membosankan, kisah berjodoh dengan seseorang yang tidak disangkakan. Menarik.!
Plot penceritaan yang menghiburkan dan tidak membosankan, kisah berjodoh dengan seseorang yang tidak disangkakan. Menarik.!
Projek 6 bulan kedengaran agak lucu tetapi itu adalah usaha gigih Aleyna dan Alyan untuk disatukan. Tiada benda yang mudah kat dunia ni kalau tiada cabaran. Begitulah nasib yang menimpa Aleyna dimana kemunculan Aleeya ingin merampas Alyan darinya sehingga menyebabkan mereka bermusuh. Manusia hanya mampu merancang dan Aleyna percaya pada usaha dan tidak berputus asa.