DIA YANG KUMAHU

ISBN: 9789838220989
Checking local availability
RM26.00
Product Details

Publisher,FAJAR
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Gara-gara salah sangka, Irdina menyerang Rizqi apabila melihat lelaki itu melayan mesra seorang gadis. Dia ingatkan lelaki itu Rafie, tunang Suhana merangkap kawan baiknya. Sumpah, dia tidak tahu pun Rafie punya kembar bernama Rizqi. Akibat kekecohan yang ditimbulkan oleh Irdina, semua hura-hara. Rizqi muncul, menuntut agar Irdina meyakinkan Najwa bahawa dia tidak bersalah dan menuntut untuk menyatukan semula dia dengan kekasih hatinya. Komplot cinta dilancarkan. Kata Rizqi, komplot cinta ini hanya perlu diselesaikan dalam masa lima hari kerana dia berjanji untuk membawa kekasih hati a.k.a bakal calon isteri untuk dikenalkan kepada keluarganya hujung minggu ini. Matilah Irdina… siapa suruh jaga tepi kain orang kan! Pelan A, gagal! Pelan B, gagal! Pelan C juga gagal dan menyakitkan hati! Rupa-rupanya Najwa main kayu tiga di belakang Rizqi. Muncul lagi masalah bila komplot cinta tak jadi. Sudahnya, Irdina yang dibawa dan diperkenalkan kepada keluarga sebagai kekasih hati Rizqi. “Komplot cinta ini akan tamat selepas kita balik dari kampung awak. Selepas tu, saya dan awak dah tak ada kaitan. Remember! When it is over, it means over!” – IRDINA AMANI Tetapi… lain pulak susunan plotnya bila kisah cinta mereka bermula... “Kadang-kadang perkara yang kita nampak, tak sama dengan perkara yang kita fikir. Jangan sesekali percaya dengan firasat sendiri tanpa mengetahui perkara sebenar.” - FARIZ RIZQI Kerana komplot cinta, sebuah kisah tidak terduga mengacau jiwa dan minda... Kerana komplot cinta juga, mereka teruji… Adakah semuanya sudah terlewat bagi Rizqi untuk mempertaruhkan cintanya? Atau Irdina sekadar menjadi pemanis sementara untuk sebuah hubungan yang tidak pasti? Kisah mereka tidak kalah indahnya, namun di sebalik rasa yang membara, ada sebuah perjalanan berkisah tentang cinta dan luka.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)