DIAgnosis Apokalips
Publisher,White Coat Enterprise
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,
Kilat sabung-menyabung dan guruh berdentum bersahut-sahutan menyentak lamunan. Luruan hujan yang turun persis tujahan peluru mortar yang kebingungan tidak ketahuan mana awalan atau akhiran. Halus sapaan Tuhan mahu bertanya khabar iman.
Kata "environmentalis", ini kesan rumah hijau, walhal dari fakta-fakta yang dihurai itu hanya sedikit yang ambil hirau. Selagi bukan empunya diri ditimpa bencana, mengapa perlu galau?
Itu kita. Penghuni zon selesa yang akan terjaga hanya bila kita sendiri yang terbenam dalam air bah yang menggila.
Cerita Nuh, Luth, Syua'ib, Kaum Tsamud, Firaun & Qarun, kita lupa dan menganggap hanya dongengan semata-mata.
"Patutkah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? Atau patutkah penduduk negeri itu merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka leka bermain-main?" (7:97-98)
Jadi, "Ke mana mahu lari?"
Moga saat kamu tamat membaca buku ini, kamu bisa menjawab dengan tenang hati, "Pada Illahi".
The stories written are based on a doctor's experience in dealing with emergency situation, their patients attitude and family stories. But I always love how the authors trying to educate the reader in medical terms they used while telling stories. For me it is nice and I can learn something new even I can't even remember all of it.
The lionhearted characters in this book taught me that you don't have to be tough or well built person just to be a superhuman, it's enough for you to be kind, loving.
This novel is a collection of unsung stories of doctors, nurses and paramedics. Interesting and inspirational book.
Sebuah buku yang menghimpunkan berbagai kisah perubatan untuk dikongsi bersama pembaca. Segala pengorbanan dilakukan kerana memenuhi tugas sebagai penyelamat. Sangat disarankan untuk dibaca untuk mengangkat martabat yang selama ini adalah hero yang tidak didendang. Tak rugi beli.
Sambungan buku siri diagnosis.
Para penulis yang terdiri dari kalangan doktor menceritakan suasana dan detik detik genting yang mereka hadapi tatkala hujan banjir kilat di timur semenanjung malaysia. Cerita realiti yang di ceritakan oleh yang berada disituasi tersebut. Saya dapat rasakan suasana sebenar dari pnceritaan penulis. Cerita pendek oleh doktor. Bacaan yang baik.