DIAGNOSIS2
Publisher,White Coat Enterprise
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 530 g
No. of Pages,
Kerjaya ini memaksa kamu untuk melihat nilai nyawa dari pelbagai dimensi. Ia menjadikan kamu penonton setia drama tragis dan gembira yang berselang-seli saban hari. Kamu menjadi watak pada transisi hidup mati. Protagonis atau antagonis bergantung pada mata penilai manusia tetapi hakikatnya hanya Penilai Mutlak lebih tahu semua yang bersarang di hati. Kerjaya ini, jika benar untuk Ilahi, pasti akan menundukkan hati dan buat rasa rendah diri.
Ada tikanya bila kamu berjaya menyelamatkan nyawa dengan izin-Nya, bila pesakit mula membuka mata dan melakarkan senyuman manisnya, bila ahli keluarganya merangkul atau menjabat erat tangan kamu dengan mata berkaca, saat itu kamu tahu inilah kerjaya yang paling 'kaya' dan kamu rela bersengkang mata, mengerah tenaga hingga ke sisa-sisa akhir yang ada kerana kamu tahu 'rasa itu' rasa yang tidak mampu dibeli dengan segunung harta materi di dunia. Ya, ini kerjaya kami selamanya.
Moga sekuel DIAgnosis ini mampu membuka mata semua yang hidup ini hanya persinggahan sementara dan tujuan kita bernyawa tidak lain tidak bukan ialah untuk menjadi hamba. Bacalah dengan hati dan minda yang terbuka.