Diam
Publisher,DEAR NOVEL
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Novel - Lain-Lain
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Darah mengalir di atas lantai. Mereka semua masih diam. Diam melihat badan yang kaku tidak bergerak itu. Jari Saiful menyentuh pergelangannya. Namun, tiada sebarang denyutan terasa.
"Dia dah mati."
"302. Kita boleh dituduh membunuh dengan niat. Hukumannya lebih teruk. Boleh jadi, hukum gantung."
Mulai saat itu, seluruh hidup keluarga Pak Muhib berubah dengan serta-merta. Mereka perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan diri.
"Jadi... kita perlu sorok mayat tu."
Namun, keputusan yang diambil mereka bukanlah semudah yang disangka. Pelbagai rintangan yang terpaksa dilalui oleh mereka sekeluarga untuk menutup 'kemalangan' ini.
"Tak ada mayat, tak ada kes."
Sebuah novel yang memaparkan banyak elemen penyiasatan terutamanya melalui watak anak Pak Muhib, Saiful. Selain itu, ada mesej dan pengajaran penting yang disampaikan oleh penulis. Jalan cerita yang menarik dan penulisan yg senang difahami.