Dihantu

ISBN: 9789672128328
Checking local availability
RM19.90
Product Details

Publisher,Buku Fixi
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 240 g
No. of Pages,

Pontianak dilahirkan sebagai hantu tapi sering gagal menakutkan manusia. Dia dipaksa berpindah oleh Ayah Ponti yang tidak tahan lagi diketawakan hantu lain di warung kopi Hantu Air di kampung mereka. Maka Pontianak pun berhijrah ke Kampung Mudah.

Di sana, Pontianak dengan tidak sengaja telah menakutkan Lebai Leman. Berita tu segera disebarkan Usin Radio. Akibat itu, tanpa sengaja Pontianak disanjung hebat dalam kalangan hantu. Dia melayan kemasyhuran ini dengan dorongan pengurus liciknya Encik Toyol.

Statusnya sebagai Duta Hantu tergugat bila Drakula datang dari luar negara ke Kampung Mudah. Hajatnya: mahu mencabar satu lawan satu dengan Pontianak dalam pertandingan menakutkan manusia. Komplikasi seterusnya datang dalam bentuk seorang jejaka manusia bernama Helmi. Hajatnya: mahu memenangi hati Pontianak.

Customer Reviews

Based on 4 reviews
100%
(4)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
W
WanNorhatiqah
Dihantu

Plot twist yang sangat flash back. Jalan cerita menarik dan tak terfikir pengakhiran yang sangat mind blown.

S
Syafiq
Dihantu

Pontianak, sehantu yang tidak menyerupai pontianak2 lain dan sering gagal menakutkan orang di Kampung Tanjung. Dah la tak boleh terbang, memang memalukan kaum pontianak je, termasuk la Ayah Ponti dan Mak Ponti. Dek kerana malu, Ayah Ponti menghantar Pontianak ke Kampung Mudah, dengarnya di sana penduduknya mudah ditakutkan dan percaya benda2 ghaib sampai ke tahap memuja dan sebagainya. Di sana, Pontianak terserempak dengan Encik Toyol yang juga merupakan pengurus hantu. Tanpa sengaja, Pontianak telah menakutkan Lebai Leman, seorang alim yang dikatakan pernah melempang Drakula sehingga tersungkur. Encik Toyol yang melihatnya terus terpegun dan mengofer untuk menguruskan Pontianak sehingga berjaya menjadi Duta Hantu di Kampung Mudah. Maka, bermulalah perjalanan kisah mereka.