Dilema Ahli Psikologi Muslim

ISBN: 9789670040042
Checking local availability
RM35.00
Product Details

Publisher,Biblio Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 200 g
No. of Pages, 170

Ilmu psikologi telah pun berkembang secara mendadak di Barat, namun dalam pelbagai bidang ilmu sains sosial, ahli psikologi Muslim telah mencipta pelbagai kaedah untuk mengelak daripada mengikut secara membuta tuli. 

Dalam buku ini, dilema-dilema moden psikologi dirungkai secara ilmiah oleh Allahyarham Prof Malik Badri. Adakah Muslim perlu psikologi moden? Adakah psikologi moden milik dunia Barat? Adakah cara untuk psikologi dikaitrapat dengan Islam? Soalan-soalan yang penting yang rumit dijawab ini sentiasa menjadi dilema ahli psikologis Islam. 

Psikologi - dengan segala perbincangan dan penghuraiannya - telah mengambil alih peranan agama di Barat, malah tidak keterlaluan jika dikatakan hampir-hampir menggantikannya. Ada pemikir dan sarjana Muslim yang terhanyut dalam jalan fikiran, pengulangan serta peniruan total daripada idea dan amalan Barat yang tidak berjiwa Islam.

Maka timbullah persoalan: adakah umat Islam benar-benar memerlukan psikologi moden? Adakah psikologi moden sepenuhnya Barat? Wujudkah cara untuk mengharmonikannya dengan Islam? Kesemua persoalan ini menjadi dasar utama kepada dilema yang dihadapi oleh pengamal Muslim bidang psikologi di lapangan.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)