Dimensi Paranormal: Pokok Hajat (2024)
Publisher,Penerbit X
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 100 g
No. of Pages, 144
"Ia seperti mengupah seorang
pembunuh upahan. Walaupun pengupahnya telah mati, pembunuh upahan tetap
menjalankan tugasnya kerana dia sudah menerima wang upahnya,: ujar Norman.
Alara menerima tugasan menyiasat beberapa
kes kematian yang pelik. Mangsa-mangsanya mati disebabkan anak pokok tumbuh dari
dalam tubuh mereka. Di setiap lokasi kejadian ditemui sebiji buah seperti buah
sukun dengan lekukan-lekukan aneh pada permukaan buah tersebut. Situasi itu
bertambah genting apabila kematian yang sama berulang pada ahli keluarga mangsa
yang sama.
Dalam pada itu, Emmad membantu Sarjan
Albin mengesan sepuluh orang anak yatim. Emmad merasakan kehilangan kumpulan
anak yatim itu ada kaitan dengan kejadian keracunan sianida ke atas sepuluh
orang anak yatim dalam satu majlis keraian anjuran Datuk Umar beberapa bulan
yang lalu.
Kedua-dua kes mula terkait apabila Alara
mendapati beberapa orang ahli keluarga mangsa kes pembunuhan pokok ajaib
mempunyai urusan perniagaan dengan Norman, menantu kepada Datuk Umar dan urusan
perniagaan itu tidak berakhir dengan baik. Emmad yakin kematian demi kematian
yang berlaku adalah pembunuhan yang disasarkan pada mangsa-mangsa tertentu dan
berlandaskan dendam.
Kini Alara, Emmad dan Sarjan Albin harus
mencari jalan bagaimana untuk menghalang kematian-kematian kes pokok ajaib daripada
terus berlaku.