Doa & Penawar Terpilih: Menurut Al-Quran & Al-Sunnah
Publisher,Inteam Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 300 g
No. of Pages,
Buku ini merupakan sebuah buku terbitan Pusat Pendidikan Al-Barakah yang ditulis oleh Ustaz Kazim Elias al-Hafiz iaitu pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah yang berpusat di Kg. Manjoi, Ipoh, Perak. Buku ini dikarang bersama dengan panel pengarang pusat ini.
Doa yang terdapat dalam buku ini adalah antara himpunan doa terbaik dan telah menjadi amalan kepada masyarakat Islam di seluruh dunia sejak turun temurun lagi. Kebanyakan doa yang diperkenalkan di dalam buku ini telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW, isteri-isteri baginda, sahabat-sahabat dan masyarakat Islam pada zaman baginda.
Terdapat juga cara-cara rawatan atau lebih tepat lagi ilmu perubatan Islam yang hampir lupt ditelan zaman tetapi amat berkesan jika diamalkan. Antaranya adalah penggunaan bahan semulajadi seperti tumbuhan dan hasil galian. Tidak ketinggalan juga diselitkan beberapa car perubatan homeopati dan Islam yang amat sesuai untuk mereka yang mereka mencari alternatif lain dalam mencari penawar.
Dengan harapan agar pembaca dapat memanfaatkan buku ini dan mempergunakannya mengikut kemampuan. Buku ini dirterbitkan juga atas usaha untuk mengumpul DANA PEMBANGUNAN PUSAT PENDIDIKAN AL-BARAKAH