Dosa Isteri Yang Dibenci Suami

ISBN: 9789673714841
Checking local availability
RM14.90
Product Details

Publisher,Synergy Books
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Salah satu sikap positif yang harus dikembangkan dalam kehidupan rumah tangga adalah kesediaan untuk selalu bermuhasabah diri dan meminta maaf apabila melakukan kesilapan. Kelapangan hati untuk mengakui semua kesalahan dan meminta maaf pada pasangan menjadi satu usaha untuk mengekalkan keharmonian hidup berumah tangga.
 
Buku Dosa Isteri Yang Dibenci Suami mengupas mengenai beberapa kesalahan dan dosa yang biasa dilakukan oleh para isteri. Buku ini ditulis bukan untuk menghakimi isteri, namun lebih kepada usaha untuk memberi kesedaran kepada para isteri agar memperbaiki kekeliruan sikap yang mungkin dilakukan dalam kehidupan berkeluarga. Setiap orang melakukan kesalahan, selagi ada komitmen untuk meminta maaf dan selalu memperbaiki diri. Itulah salah satu cara untuk mengekalkan kesejahteraan rumah tangga. Di dalam buku ini mengajak anda untuk menjadi seorang isteri yang dapat menyejukkan hati suami yang sentiasa menciptakan suasana bahagia bagi suaminya. Pelbagai lagi kupasan yang menarik dimuatkan di dalam buku ini untuk tatapan pembaca.
 
Manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan, namun jika kesilapan itu dijadikan pengajaran dan perbaiki diri agar kesilapan sama tidak berulang lagi. Buku ini sangat sesuai dijadikan panduan dan rujukan para pembaca dalam mengharmonikan lagi rumah tangga.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)