Pasukan X-VENTURE bakal menempuh cabaran lebih hebat selepas meloloskan diri daripada Pasukan X-Guard. Kesan letupan yang dahsyat membawa mereka ke Zaman Jura. Remy, Shah dan Jumbo mengalami situasi yang mengelirukan. Penerokaan merentasi dimensi masa semakin celaru. Tidak pasti di zaman moden atau zaman lain sekarang atau selepas ini. Apa yang sedang berlaku? Teruskan membaca untuk meleraikan kekeliruan ini.