Duyung

ISBN: 9789670069463
Checking local availability
RM38.00
Product Details

Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,

"Aku mahu menjadi pemerintah nusa yang membanggakan ayahandaku."

"Saya tidak mahu menjadi raja! Saya tidak layak!"

Chahaya – sang puteri duyung bangsa Sereia yang bakal menaiki takhta sebagai penjaga Selat Banda. Jelita, bijaksana dan tangguh menghadapi segala cabaran. Tidak pernah gentar, tegas namun tetap baik hati meladeni setiap hidupan dalam lautan. Selalu bersedia berkhidmat. Semuanya demi restu ayahanda yang dikasihi.

Ranjana – pewaris tunggal kerajaan Dewangga yang canggung, namun tidak pernah berhasrat mahu menaiki takhta. Merasakan dirinya tidak pernah layak bahkan lari daripada tanggungjawabnya sebagai raja.

Chahaya dan Ranjana kemudian bertemu, dalam satu peristiwa yang kemudian membawa mereka ke kancah perebutan kuasa serta dendam di antara dua dunia berbeza. Mereka berdua perlu mengetepikan perbezaan personaliti masing-masing dan bekerjasama demi kesejahteraan dunia darat serta lautan, daripada ancaman yang menjadi musuh kebuyutan keturunan mereka sejak dulu.