Elipsis Cinta

ISBN: 9789838221184
Checking local availability
RM24.00
Product Details

Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Dia menginginkan perkahwinan yang penuh cinta dan dilamar bagaikan seorang puteri. Apabila Camelia menemui calon suami impiannya, dia bertekad membawa hubungan mereka sampai ke syurga. Cita-citanya melangit, lebih tinggi dari Burj Khalifa.

Tetapi, tidak bagi Abdul Qayyum, pelajar cemerlang, anak yang taat kepada orang tuanya, seorang profesional yang workaholics. Ikatan perkahwinan baginya, akan mengganggu hidupnya.

“I rasa kita tak ada persamaan langsung, Camelia.” - QAYYUM

“No way! I akan pastikan you sedar betapa berharganya cinta I ini. Jika you ada kembar seiras sekali pun, I tetap akan pilih you. - CAMELIA

Sungguh Camelia menaruh kasih pada Qayyum, tetapi lelaki itu nyata tidak memiliki perasaan padanya. Camelia menyimpan sebal sikap Qayum yang dingin, egois dan mementingkan diri. Manakala Qayyum bertahan demi memenuhi impian mamanya.

Keadaan itu sudah cukup sukar bagi mereka berdua apalagi kehadiran seorang kawan lama yang cukup empati.

“Qayyum, you tak sepatutnya hidup dalam penipuan. I tahu you hanya pura-pura bahagia bersama Camelia.” - JEMIMA

Datangnya Jemima membawa wasangka dalam kehidupan Camelia dan Qayyum.

Inikah episod yang membawa titik noktah pada hikayat cintanya?

Mampukah Camelia mempertahankan mahligai yang telah dibina, apabila ada petualang yang mahu meroboh dan merampas segala yang dimilikinya?

Bagaikan elipsis dalam ayat cinta yang panjang. Mungkinkah ini hanya sebuah interlud luka? Bertahan sedangkan pengkhianatan itu membuka suatu kebenaran yang pahit.

Customer Reviews

Based on 1 review
0%
(0)
100%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
W
Wan
recommended

Sebuah kisah percintaan dan perkahwinan yg menyentuh hati. Satu kelainan dari penulis. watak hero dalam cerita sangat dingin, ego, kuat bekerja dan tiada perasaan pada isteri sendiri. Hingga hampir ke bab akhir barulah dia jadi hero yg sebenar. respect dengan watak Camelia, kesungguhan Camelia untuk pertahankan perkahwinannya. idea penulis sangat best. Banyak pengajaran yg disampaikan.