
Encik Duda Sebelah Rumah
Publisher,Kaseh Aries Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages, 404
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Naila yang begitu anti dengan lelaki yang berstatus ‘duda’. Baginya lelaki seperti itu seorang yang gatal dan tak bertanggungjawab. Disebabkan itu, lelaki duda tiada dalam senarai calon bakal suaminya.
Namun kepulangan ‘calon suami’ sewaktu zaman kanak-kanak, merangkap jiran sebelah rumah Naila, telah membuatkan hidup gadis itu huru-hara. Apatah lagi lelaki itu juga berstatus duda.
Sedar dengan kesalahan diri meninggalkan Naila suatu ketika dulu, Aathif berusaha merebut kembali cinta Naila yang sudah terpadam buatnya.
“Bila masa saya nak kahwin dengan awak? Mabuk ketum ke awak ni?” - NAILA
“Ketum? Saya mabukkan awaklah. Bukannya ketum.” - AATHIF
“Urghh! Stress betullah!” - NAILA
Pelbagai cara dibuat untuk memujuk Naila. Sehinggakan Aathif nekad masuk meminang. Malangnya lamarannya ditolak kerana status Aathif.
“Beri saya satu lagi peluang, Naila. Saya akan buktikan saya ni bukan duda seperti yang awak fikirkan.” - AATHIF
Namun hubungan mereka diuji dengan kehadiran Lindsay. Seseorang yang mempunyai kaitan dengan masa lampau Aathif.
Siapa Lindsay dan apakah yang dia mahu? Akan goyahkan rasa cinta Naila buat Aathif yang mencintainya sejak dari kecil lagi?
Dimensi: 12 x 3 x 19 cm