Encik Suamiku Hipster

ISBN: 9789670567945
Checking local availability
RM22.00
Product Details

Publisher,Penulisan2u
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Mengikut tradisi keluarganya, setiap keturunannya perlu berkahwin sebelum atau selewat-lewatnya usia 23 tahun. Namun, kala usia Hania sudah mencecah 25 tahun pun, dia masih belum ada kekasih hati yang bisa dijadikan suami.
    
"Aku dah tak ada pilihan. Mak aku tu duk membebel aje setiap hari sebab aku dah langgar tradisi keluarga dia. Umur aku tahun ni dah 25 tahun, tau? Boyfriend banyak kali ada, tapi seorang pun tak pernah nak menjadi. Sebab tulah aku pasrah ikut cadangan mak aku tu," ~ Hania
    
Disebabkan terlalu tertekan kerana emaknya hampir setiap hari mendesak dia supaya berkahwin, dia pasrah menyerahkan hal jodoh kepada emaknya. Semuanya dilakukan demi mengelak dia dibebel setiap hari. Dia sudah bingit!
    
Hania hanya boleh melihat bakal tunangnya selepas dia sah bertunang dengan lelaki itu. Itu syarat yang emaknya telah tetapkan. Dua minggu selepas dia bertunang barulah encik tunangnya menghubunginya untuk berjumpa dalam keterpaksaan.
    
"Helo cik tunang, awak ingat awak tu artis popular? Awak ingat awak tu Dato' Siti Nurhaliza? Siap nak ada pihak TV berebut-rebut jadi penyiar tunggal ala-ala eksklusif majlis wedding kita? Awak ni memang kuat berangan ek?" ~ Saffarin
    
Alangkah mengejutkan bila melihat tunangnya adalah lelaki yang pernah dia jumpa sebelum ini dalam satu insiden pelangaran yang tidak diduga. Siapa sangka, lelaki yang dia angap 'sesuatu' itu adalah tunangnya! Sesuatu yang mengejutkan. Selain itu, gaya pakaian tunangnya yang digelar gaya hipster itu cukup dia tidak berkenan. Sebijik macam alien di matanya!
    
"Tapi, abang aku tu kaya tau? Kondo ni aje dekat dua juta harganya, dia boleh beli dengan selamba. Kereta Volkswagen Beetle dia tu pun mahal. Semua dia beli duit hasil jual baju-baju dia tu. Sebelum kau kena cerai dengan dia, kau kikislah harta dia dulu," ~ Hakem
    
Bisakah Hania menerima tunang hipsternya sebagai suami?

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)