Ensiklopedia Empat Khalifah

ISBN: 9789673888214
Checking local availability
RM129.00
Product Details

Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,

Find this product in our store.
-

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Era Khulafa’al-Rasyidin merupakan asas kepada pembentukan
sistem politik Islam. Justeru, mengetahui sirah mereka menjadi
sebahagian daripada tuntutan akidah kita. Ahli Sunnah Waljamaah
memuliakan dan mengiktiraf keempat-empat orang sahabat yang
menjadi Khulafa’al-Rasyidin. Mereka ini bukanlah maksum sebagaimana
para nabi dan rasul tetapi mereka telah dimuliakan oleh Allah dengan
beberapa kemuliaan. Selain itu, zaman yang boleh dijadikan ibrah dan
diambil iktibarnya yang merujuk tiga kurun yang terbaik dalam sejarah
Islam iaitu kurun para sahabat, tabiin dan tabi tabiin. Paling baik antara
ketiga-tiga kurun tersebut tentulah para sahabat dan yang paling
utama ialah para Khulafa’al-Rasyidin. Itulah yang akan dikupas secara
terperinci melalui buku ini.


KELEBIHAN BUKU INI:


Buku ini dipersembahkan dengan suatu manifestasi terhadap kaedah pembacaan
dan pemahaman sejarah yang diterapkan menerusi sejarah Khulafa’al-Rasyidin.


Isi kandungan buku ini tidak bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah,
kaedah fiqah dan mazhab tasawuf Ahli Sunnah Waljamaah.


Hasil daripada pembacaan terhadap sejarah Khulafa’al-Rasyidin, kita akan
mendapati terdapat pelbagai ibrah dan iktibar yang dapat diperoleh terutamanya
dalam memahami realiti sebenar kehidupan.


MUHAMMAD ALIF FITRI ABDUL HALIM


Muhammad Alif Fitri Abdul Halim berasal dari Perak. Kini, beliau sedang
menyelesaikan pengajian peringkat sarjana di Institut Islam Hadhari dalam bidang
peradaban Islam (2021-kini).


Selain itu, beliau kini berkhidmat di Kolej Dar- al-Hikmah (KDH) sebagai
pensyarah dan eksekutif Akademi Kajian Ketamadunan (AKK).


Aktiviti penulisan dan pengkajian menjadi minat utama beliau menerusi
penulisan artikel dan buku. Sehingga kini, beliau telah menulis sebanyak 13
buku yang merangkumi genre terjemahan, travelog dan sej