Faris dan Nafiza, dua insan yang berbeza sikap walaupun kedua-duanya berasal daripada keluarga yang berada. Takdir telah menentukan mereka belajar di universiti yang sama dan Faris jatuh cinta saat pertama kali terpandang Nafiza. Namun, Nafiza mempunyai kekasih hati iaitu Saiful.