Etika Dan Moraliti

ISBN: 9789672440567
Checking local availability
RM36.00
Product Details

Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / MEMBINA DIRI / ETIKA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Bagi individu yang telah biasa mengangkat benda berat, misalnya seberat 100 kilogram, mengangkat benda seberat 50 kilogram adalah sesuatu yang amat mudah. Oleh kerana pendidikan ilmu falsafah adalah perkara yang rutin di pusat-pusat perguruan tinggi dunia Barat, maka ilmu falsafah dianggap sama sahaja dengan ilmu-ilmu lain. Oleh kerana mereka sudah biasa mengangkat pada kadar berat 100 kilogram, tentulah tidak ada isu untuk mengangkat bahan seberat 50 kilogram sebagaimana dinyatakan di awal tadi. Bagi individu yang tidak biasa mengangkat bahan-bahan yang berat, 20 kilogram itu pun sudah berat bagi individu berkenaan, apatah lagi 100 kilogram. Oleh kerana ilmu falsafah itu satu ilmu yang penting, maka tentulah kita tidak mahu masyarakat kita menganggap ilmu falsafah itu satu ilmu yang berat, sebagaimana anggapan sudah beratnya bahan yang hanya 20 kilogram itu. Buku ini ditulis bagi membiasakan kita semua dengan ilmu falsafah, dengan harapan sekiranya kita sudah biasa mengangkat berat, ilmu falsafah itu tidak lagi berat untuk kita.