Evolusi Si Nakal
Publisher,Penulisan2u
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages,
Ketenangan hidup AWINA SYAFINI, seorang gadis yang berlagak kasar tetapi sangat manja bergoncang apabila dia menjadi saksi kepada satu kes pembunuhan kejam oleh konco-konco John.
Hadirnya QALIFF FIRDEE, si nakal yang handal dalam sukan drift dalam hidup Awin sebagai penyelamat nyawanya. Atas keselamatan Awin, Firdee menyembunyikan Awin di dalam sebuah rumah pusaka daripada penjahat. Telatah Firdee yang suka mengusiknya selalu menaikkan angin Awin.
“Suka kat kau?Uwek! Uwek! Nak termuntah hijau aku dengar. Tak ingin aku nak suka kat kau. Aku benci! Benci! Benci dengan kau! Meluat aku tengok kau tahu tak?” - AWIN
“Kau jangan... Kau cakap benci, nanti suatu hari kau cinta! Cinta! Cinta! Dan cinta kat aku, baru padan muka kau. Baru terhegeh-hegeh nak merayu kat aku. Kita tengok nanti.” - FIRDEE
Usik-usik, marah-marah. Lama-lama jadi suka. Lama-lama jadi cinta. Namun seperkara yang Awin tidak tahu, Firdee mempunyai hubungan yang rapat dengan seorang janda muda beranak satu iaitu Lisa dan anaknya, Raiyan. Firdee melayan Raiyan seperti anaknya sendiri. Lisa dan Awin ibarat langit dan bumi. Lisa jauh lebih baik daripada Awin dan mempunyai ciri-ciri idaman setiap lelaki.
Awin yang disembunyikan di rumah pusaka itu sudah tidak betah duduknya apabila Firdee tidak datang menemuinya selama dua minggu. Dia tahu Firdee punya seseorang yang lebih istimewa di luar sana. Dirasakan mungkin Firdee terdesak mengurungnya di situ.
“Ya! Memang saya tak sabar nak pergi dari sini. Tak sanggup nak tunggu bila awak nak lepaskan saya. Saya tak mahu awak terpaksa simpan saya, terpaksa jaga saya kalau hati awak tak rela. Sekarang saya betul-betul percaya yang awak nak jaga saya daripada mereka yang sedang buru saya kat luar sana sebab saya terdesak! Kan?!” - Awin
“Kalau kau nak tahu sangat... Ya! Betul apa yang kau katakan tu. Kau terdesak, aku memang terpaksa jaga kau selama ni!” - Firdee
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Dek cinta yang tak diluah, kedua-duanya terseksa menanggung rasa. Bahana kata-kata Firdee itu, Awin pergi membawa diri meninggalkan sepucuk surat yang memberi seribu satu penyesalan kepada Firdee.