Exodus
Publisher,Must Read Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 300 g
No. of Pages, 408
Uwiz hanya mahu mencari sebuah dunia hanya untuk dirinya saja. Dia tak perlukan sesiapa, termasuklah adiknya, Khalid yang telah membunuh kedua-dua ibu bapa mereka.
Demi mendapatkan EXODUS, peranti yang ditawarkan oleh S.A., Uwiz sanggup mengorbankan adiknya demi keinginannya itu.
S.A. pula, makhluk asing yang diperangkap oleh K.A., namanya seakan-akan Khairul Aming, tapi dia? (mungkin ia) juga makhluk asing yang dikenali sebagai Kapitalisme Alien tiada jalan lain selain menjual EXODUS supaya dia dapatkan Gerbang Kausar untuk kembali ke planet asalnya.
Pertemuan Uwiz dan S.A. menjadikan mereka seperti pelarian, masuk dan keluar melalui EXODUS melepasi pelbagai exoplanet dan Bumi Alternatif untuk lari dari K.A. yang terus mengejar mereka.
Dari satu exoplanet ke exoplanet lain, dari satu Bumi Alternatif ke Bumi Alternatif, Uwiz terus gagal menemui apa yang dicari. EXODUS menjanjikan kebebasan, tetapi yang tiba hanyalah kehampaan sebelum Amelia, kekasih Uwiz hadir untuk membawa sinar bahawa harapan mereka masih ada.
Mampukah Uwiz menemui kebahagiaannya? Adakah S.A. akan berjaya menewaskan K.A. daripada ketamakannya dan mendapatkan kembali Gerbang Kausar miliknya?
Segalanya jawapan ada mereka sendiri dan mereka perlu singkap sedalam-dalamnya.