Falsafah Kebudayaan Islam Moden

ISBN: 9786297561998
Checking local availability
RM39.00
Product Details

Publisher,Jejak Tarbiah
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 300 g
No. of Pages, 192

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / SEJARAH & POLITIK / FALSAFAH & SOSIOLOGI

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

"Kebudayaan suatu bangsa hendaklah berurat akar pada bangsa itu sendiri. Sebab kebudayaan pada umumnya dan kesusasteraan pada khususnya ialah jelmaan bangsa itu sendiri.

Kesusasteraan dan kebudayaan kita dipengaruhi oleh kedudukan alam kita. Ia tidak mahu dijadikan Barat, sebab di sini tidak ada musim salji dan tidak mahu dijadikan Arab, sebab di sini tidak ada padang pasir. Apabila telah teguh urat, suburlah batang, dahan dan ranting, maka sangguplah daun yang subur itu menghirup udara, baik dari Timur mahupun Barat."

Hakikat budaya sesebuah bangsa ditentukan oleh tiga asas utama: seni, ilmu dan falsafah. Bahkan ia bermacam rupa hasil perkongsian hidup dengan alam, masyarakat dan agama yang mendasari sebuah bangsa atau negara.

Melalui tulisan-tulisan yang lahir antara tahun 1951 hingga 1980, HAMKA menjalin titik yang menghubungkan budaya Nusantara dengan Islam hingga ia membentuk jati diri Melayu Islam pada masa kini. Di sela-sela ketegasan menolak dakwaan LEKRA yang mencabut peranan agama sebagai dasar budaya, beliau memberikan gambaran menyeluruh bahawasanya tanggungjawab mengangkat budaya murni adalah di pundak seluruh umat tanpa mengira usia.

Dengan ketajaman seorang pemikir dan keindahan bahasa seorang sasterawan, Falsafah Kebudayaan Islam Moden menjadi pembaca untuk menilai sama ada budaya yang diterima pada masa kini selaras dengan nilai-nilai Islam.

Sebuah karya penting tentang identiti, adab dan memperjuangkan makna manusia di tengah arus zaman.