Cuti sekolah sudah bermula! Johanna sudah merancang bermacam-macam untuk mengisi cuti sekolahnya seperti bermain game, tidur siang, tengok tv dan macam- macam aktiviti yang membazirkan masa.
Namun, semua perancangan terpaksa bertukar disebabkan Johanna akan dihantar pulang ke kampung untuk menjaga neneknya yang dia tidak berjumpa selama 3 tahun! Apakah yang akan berlaku kepada Johanna dan Pip semasa di kampung nanti? Sama-sama kita ikuti pengembaraan Johanna dan Pip di dalam buku kedua daripada pelukis Jon Suraya bertajuk: Fantasi PIP 2: Johanna, Cuti Sekolah dan Kelip-kelip.