Faraway Sunshine

ISBN: 9786299811879
Checking local availability
RM38.00
Product Details

Publisher,Mia Azwari Enterprise
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

"Dah tak ada perempuan lain kau nak jadikan isteri? Ke kau memang tak pernah bercinta? Yelah hari-hari menghadap lembu, mesti tak ada masa dengan diri sendiri!" - Dahlia Danisha

"Aku nak kahwin dengan kau sebab aku nak harta arwah Tok Ayah. Kalau aku nak jadi pewaris tunggal, aku kena tunaikan wasiat dia. Kita kena bersatu sebagai suami isteri!" -  Umar Luqman

Tidak mempunyai pilihan, kedua-duanya bersatu juga sebagai suami dan isteri. Umar tersepit antara wasiat manakala Dahlia mahu membuktikan dirinya bukan anak manja. Sebagai isteri kepada petani serta penternak, Dahlia mengalami waktu yang sukar untuk menyesuaikan diri di kampung, jauh daripada kemewahan.

"Umar! Kenapa buruk sangat rumah ni! Macam nak runtuh aku tengok! Aku tak nak tinggal di sini. Aku nak duduk dengan umi, abah." - Dahlia Danisha

"Ayah kau nak aku ajar kau berdikari. Takkan hari pertama kau di kampung, kau dah nak buat perangai?" - Umar Luqman

Status Dahlia sebagai isteri kepada Umar tidak pernah direstui oleh nenek Umar, Puan Bainun kerana wanita itu mempunyai calon lain yang dikatakan lebih baik.

"Dewi bertudung, hormati orang tua juga. Tak seperti Dahlia yang terbawa gaya orang putih, mentang-mentang belajar di sana. Kita kena fikir cara untuk pisahkan Umar dengan Dahlia." - Puan Bainun

"Kau ingat aku perempuan bodoh, lemah yang hanya tahu menangis. Aku Dahlia Danisha! Aku isteri Umar Luqman! Aku akan pertahankan rumah tangga aku. Kau sepatutnya cermin diri kau. Kau atau aku yang perampas!" - Dahlia Danisha

Mampukah rumah tangga yang awalnya tanpa cinta dipertahankan? Dapatkah Umar mengubah Dahlia yang tak boleh hidup tanpa kemewahan kepada seorang isteri lelaki kampung yang tidak memandang nilai mata wang? Di hati Dahlia pula, adakah ada cinta untuk Umar, lelaki yang dibenci sejak pertemuan pertama lagi?

 

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)