Farrel's Boo
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Kapsyen: He let the world bleed,
but never let a drop stain her.
Blurb:
Dia bagai dedaun luruh, luka namun tetap indah. Dia pula
seperti ais kutub, dingin dan mematikan. Bertemu bukan kerana mahu, tapi tapi
kerana takdir yang mempermainkan.
Dia, tidak pernah meminta untuk menjadi kuat. Tapi suratan
hidup telah meletakkannya di titik ini sebagai benteng terakhir untuk
adik-adiknya.
Hidupnya yang tenang berubah dalam sekelip mata, direntap
oleh kehilangan yang tidak sepatutnya berlaku. Kesakitan itu membuak menjadi
kesumat, lalu satu nama mula menyesakkan dadanya, setiap kali dia cuba menarik
nafas.
“Adik saya mati sebab awak!” - Aisy Melina
Dia, lelaki bermata kelam dan berwajah seperti diukir arca.
Tajam, memukau, tetapi terlalu beku untuk disentuh. Sejak kehilangan ayahanda
tercinta, dia membina tembok keluli dalam dirinya. Dibesarkan dalam
bayang-bayang The Melviano, Khalaf sudah biasa hidup dengan dunia neraka
ciptaan manusia.
“I won’t forgive and forget.” - Khalaf Farrel
Perkenalan mereka lahir daripada tragedi, tapi perlahan-lahan
bertukar menjadi sesuatu yang lebih rumit. Tiada siapa pernah percaya Khalaf
mampu menyimpan nama seseorang di hatinya.
Dia ada hati ke?
Sekuat mana pun Khalaf Farrel, dia tetap punya titik rapuh.
Di balik wajah tanpa gentar itu, tersembunyi kelemahan yang mampu
meruntuhkannya. Aisy, dan keluarga. Sentuh mereka… maka dunia akan melihat sisi
Khalaf yang tak pernah mengenal ampun.
Di saat bahagia yang mereka lalui, muncul satu rahsia yang
menyayat luka. Kebenaran itu datang bukan sekadar mengubah jalan cerita, tapi
menggoncang seluruh hidup mereka
Kesabaran Khalaf teruji. Tapi mampukah dia menerima kebenaran
itu? Marah yang dikumpul, siapakah akan menjadi sasarannya?
Aisy? Ibunya? Atau… ada bayangan lain yang selama ini hanya
menunggu masa untuk menghancurkan mereka dari dalam?
“He chose you. And you need to know, belonging to Farrel
means no harm will ever come to
you.”