Fatih Harbiye
Publisher,Biblio Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 130 g
No. of Pages, 119
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / NOVEL
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Berlatarkan Istanbul pada tahun 1930-an, selepas perang, dua daerah, Fatih dan Harbiye, yang dihubungkan dengan laluan trem tetapi terpisah sepenuhnya antara satu sama lain. Neriman terperangkap dalam dilema yang meruntun jiwa. Antara Fatih, kawasan yang membesarkannya dengan nilai-nilai tradisi, dan Harbiye, dunia moden yang berkilau dengan kemewahan serta kebebasan.
Bertunang dengan Şinasi, lelaki yang mencintainya dengan tulus, Neriman mula merasakan jiwanya terkurung. Kemunculan Macit, seorang lelaki dari kelas atasan, membuka pintu kepada kehidupan impiannya—muzik, tarian, dan kebebasan yang selama ini hanya dapat dibayangkan. Namun, di sebalik cahaya gemerlapan Harbiye, tersembunyi kekecewaan dan kehilangan yang tidak pernah dijangka.
Dalam menggapai kebahagiaan, Neriman harus memilih: akarnya atau impiannya? Tradisi atau kemodenan? Atau mungkinkah ada jalan tengah yang mampu menyatukan kedua-duanya?