Feel-Good Productivity - Edisi Bahasa Melayu (2024)
Publisher,PTS Publishing House
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages, 304
Shelf: Mutiara Minda / Perniagaan & Pengurusan / Am & Rujukan
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Rahsia
produktiviti bukanlah disiplin. Rahsia produktiviti adalah kegembiraan.
Produktiviti
adalah mengenai kerja keras. Jalan menuju kejayaan akan sentiasa dipenuhi
dengan kekecewaan yang tiada kesudahan. Tetapi bagaimana sekiranya ada cara
lain?
Dr. Ali
Abdaal adalah pakar produktiviti yang mempunyai ramai pengikut di dunia,
berjaya menemui jalan yang lebih mudah dan gembira untuk berjaya. Berdasarkan
penyelidikan psikologi selama beberapa dekad, Dr. Ali mendapati rahsia
produktiviti dan kejayaan bukan sesuatu yang sukar. Semuanya mempunyai kaitan
dengan rasa-gembira rasa-positif. Sekiranya anda boleh rasa-gembira dan
rasa-positif semasa membuat kerja, tahap produktiviti yang lebih baik akan
menyusul.
Dalam buku
revolusioner ini, Dr. Ali mendedahkan cara sains produktiviti rasa gembira rasa
positif boleh mengubah hidup anda. Dr. Ali memperkenalkan tiga ‘pemberi
semangat’ tersembunyi yang menyokong produktiviti yang menyeronokkan, tiga ‘halangan’
yang mesti diatasi untuk menyekat penangguhan, dan tiga ‘penyelarasan’ yang
menghalang keletihan dan membantu kita mencapai kepuasan yang berkekalan.
Pelbagai kisah inspirasi dikongsikan termasuk kisah pengasas, atlet Olimpik,
dan saintis pemenang Nobel yang mengamalkan prinsip Produktiviti Rasa-Gembira
Rasa-Positif. Dr. Ali juga memperkenalkan perubahan mudah yang boleh dilakukan
supaya anda boleh gunakan untuk mencapai lebih banyak kejayaan dan hidup lebih
baik, mulai hari ini.
Berbekalkan
ilmu berharga yang dikongsikan oleh Dr. Ali, anda bukan sahaja akan mencapai
lebih banyak kejayaan dalam kehidupan. Anda akan rasa lebih gembira dan lebih
positif sepanjang perjalanan itu.