Fight the Numbers

ISBN: 9786297561691
Checking local availability
RM49.00
Product Details

Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / MEMBINA DIRI / MOTIVASI

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Bagaimana rasanya apabila bisnes yang sedang berkembang akhirnya terpaksa ditutup dengan hutang RM4.09 juta?

Fight The Numbers ialah perjalanan sebenar KHM menghadapi detik-detik gelap seorang usahawan. Tidak mampu membayar gaji pekerja, ditekan oleh pembekal, bank dan agensi-agensi kerajaan kerana gagal melunaskan tunggakan kepada mereka.

Namun, walaupun berkali-kali jatuh dan tersungkur, beliau tetap terus melawan  "nombor-nombor" yang hampir  memusnahkan hidupnya. "Ramai orang kata saya kuat. Oh, tidak. Saya pun manusia biasa. Yang membezakan kita ialah mungkin saya tak berhenti memohon kepada Allah SWT supaya beri saya kekuatan."

Dalam buku ini KHM berkongsi bagaimana beliau kembali bangkit dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT, mengurus kewangan dengan disiplin dan membina semula perniagaan sedikit demi sedikit demi melangsaikan hutang RM4.09 juta itu.

Jika anda sedang penat atau gagal, buku ini mungkin akan membuatkan anda kembali percaya bahawa rezeki Allah itu sangat luas. Bahkan sentiasa ada jalan untuk kita bangkit semula.