Filosofi Rerama
Publisher,Rimbunan Islamik Media
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Sebagai seorang remaja, saya selalu tertanya-tanya kenapa saya lebih matang daripada orang lain?
Bunyinya macam berlagak, kan? Tapi itulah yang saya rasa. Saya kecewa apabila kawan-kawan lain tidak berfikiran sama seperti saya. Saya dan abang akhirnya ambil jalan mudah, apa lagi kalau bukan salahkan ibu kami, "Ini semua salah umi."
Bukan mudah untuk memahami masalah kawan-kawan di sekolah kerana saya tidak faham cara mereka berfikir.
Tapi bila umi minta saya baca buku terbaharunya yang bertajuk Filosofi Rerama, barulah saya sedar, rupa-rupanya umi dan abahlah yang sentiasa memberi tunjuk ajar dalam proses saya berfikir.
Saya akui, tidak ada kelas khas yang mengajar subjek begini di luar sana. la datang melalui proses dan pengalaman yang kita lalui sehari-hari. Untunglah kalian, boleh jadikan buku ini sebagai panduan.
Siapa yang perlu baca buku ini?
- Anak remaja yang tercari-cari panduan sebelum melangkah ke dunia dewasa.
- Anak remaja yang terkapai-kapai mencari identiti dan arah tuju sebuah kehidupan.
- Mak ayah yang tidak mampu diajak bersembang, bertukar-tukar pendapat, jauh sekali nak memahami anak sendiri.
Remaja ibarat rama-rama yang keluar dari kepompong, mula terbang bebas meninggalkan orang tua mereka menuju ke kehidupan sebenar yang banyak cobaan dugaan yg bakal di hadapi ore mereka..oleh itu menjadi tugas mak ayah untuk membina jati diri yang baik dalam diri anak anak mereka supaya tidak mudah terpesong mengalah saat di uji kelak.
Untuk ibu bapa, naskhah ini memberi panduan asas tentang apa yang dicari oleh anak remaja daripada kita. Topik-topik penting yang perlu datang daripada kita sendiri, bukan guru, bukan mufti dan bukan polis, pendek kata bukan orang luar.
Buat remaja, naskhah ini memberi panduan asas tentang apa yang perlu tahu sebelum melangkah masuk ke dunia dewasa, bagaimana mencari identiti diri, dan ke mana hala tuju mereka dalam kehidupan.
Buku yang bagus untuk jadi bahan bacaan untuk ayah ibu dan remaja masa kini.
Sebuah naskah yg bagus utk para ibu bapa dan juga remaja..memberi panduan2 asas kepada ibu bapa dlm mencorak keperibadian anak2 yg semakin meningkat dewasa..juga panduan kepada remaja2 dlm persediaan mencari hala tuju masa depan..
Untuk ibu bapa, naskhah ini memberi panduan asas tentang apa yang dicari oleh anak remaja daripada kita. Topik-topik penting yang perlu datang daripada kita sendiri, bukan guru, bukan mufti dan bukan polis, pendek kata bukan orang luar.
Buat remaja, naskhah ini memberi panduan asas tentang apa yang kalian perlu tahu sebelum melangkah masuk ke dunia dewasa, bagaimana mencari identiti diri, dan ke mana hala tuju kalian dalam kehidupan.
Sebuah buku yang sangat berinformasi dan berguna untuk ibu bapa dalam ilmu kekeluargaan. Buku yang dapat membantu ibu bapa dan anak remaja di luar sana untuk mempersiapkan keperluan mental, fizikal dan emosi anak-anak dengan ilmu asas secukupnya.