Fiqah Perkahwinan
Author: Muhammad Fathi Yusof
ISBN: 9789673882458
Checking local availability
Title
RM26.00
Publisher,Telaga Biru
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages,
erkahwinan merupakan perkara yang dituntut dalam Islam. Hubungan antara suami isteri merupakan satu rahmat yang besar daripada Allah SWT. Perkahwinan ialah satu ikatan yang suci dan murni yang Allah SWT kurniakan kepada insan yang bergelar suami dan isteri. Banyak lagi kebaikan dan manfaat yang akan diperoleh sekiranya berkahwin. Tetapi sebelum perkahwinan dibina, setiap pasangan perlulah mendalami ilmu rumah tangga sedalam-dalamnya.
Setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga perlulah mendalami ilmu agama agar hubungan yang bakal dibina mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Perkara yang penting untuk mempertahankan rumah tangga ialah hidup dalam suasana agama. Agama mestilah menjadi teras kepada rumah tangga. Suami dan isteri perlulah menanamkan sifat syukur dengan pemberian pasangan hidup yang Allah SWT tetapkan untuk kita.