Fitnah Akhir Zaman: Perisai Diri Dalam Mendepani Ujian Keimanan Berdasarkan Surah-surah Terpilih Juzuk Amma
Publisher,Buku IMAN (Umum)
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages, 230
Fitnah akhir zaman telah berlaku sejak zaman jahiliah lagi melalui kelalaian dan kerosakan akhlak. Kini, apabila menyebut tentang akhir zaman, bayangan yang sering muncul adalah tentang ancaman yang menakutkan.
Dajal. Yakjuj Makjuj. Terbitnya matahari dari barat. Peperangan besar.
Hadis-hadis akhir zaman banyak menyebut tentang era yang huru-hara, dipenuhi ketakutan, dan berleluasanya keruntuhan moral. Zaman tersebut digambarkan sebagai zaman gelap buat umat Islam.
Fitnah Akhir Zaman karya Ustaz Syaari dan Ustaz Dr. Wan ini hadir bagi menjawab pelbagai pertanyaan dan kegusaran kita berkenaan fitnah akhir zaman. Empat fitnah utama dikupas berdasarkan surah-surah terpilih daripada Juzuk Amma yang diturunkan untuk memahami permasalahan ini.
Harapan utama, agar naskhah ini dapat memberi panduan bekalan yang perlu kita sediakan untuk mendepani zaman ini dengan teguh dan selamat.