Formula Keluarga Bahagia
Publisher,Alaf 21
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Naskhah ini merupakan himpunan artikel yang menyentuh permasalahan yang melingkari hidup seharian. Ia tentang hati dan perasaan. Tentang bagaimana dengan mentaati ajaran-NYA, kita akan mencapai kebahagiaan dalam kehidupan.
Kebahagiaan itu matlamat kita. Betul? Kerana semua kita impikan bahagia dengan keluarga sebagai terasnya. Keluarga yang padanya kita berasa tenang dan tenteram. Keluarga yang padanya kita boleh letakkan harapan untuk menjadi manusia idaman TUHAN. “Bahagianya rasa”... ini kata kita. Kata-kata azimat yang kita mahu ia direalisasi dalam kehidupan sementara yang kita mahu peluk seeratnya.
Kitalah yang menentukan arah dan tujuan hidup kita. Betul? Kitalah juga yang menentukan bahagia tidaknya hidup kita. Betul? Formula Keluarga Bahagia terbentang di hadapan kita... anugerah pemberian Yang Maha Esa. Jangan berpaling dari jalan yang DIA berikan. Jalan yang kita sendiri tahu apa yang menunggu pada akhirnya... rasa bahagia. Ingatlah dengan mengingati ALLAH, hati menjadi tenteram.
Justeru, naskhah ini sangat sesuai dijadikan bahan rujukan kita semua. Penyampaian yang ringkas tetapi padat membolehkan kita dapat memahami perkara yang disampaikan dengan cepat dan berkesan.
Antara Kandungan Menarik:
Mengakikahkan Diri Sendiri
Walimatul Urus yang Terurus
Sujud Sahwi Cara Rasulullah SAW
Isteri Berkongsi Gaji Dengan Suami
Permasalahan Berkahwin di Thailand
Mandi Bunga Dapat Percepatkan Jodoh?
Bomohkan Suami Untuk Halang Poligami
Konflik Antara Hak Ibu Bapa dan Tunangan
Pasangan Berkahwin Bercumbuan di Tempat Awam
Tempat Anak Bukan Islam yang Mati Sebelum Baligh