Games of Math: Riang Ria Matematik Bersama Ana dan Fruto Kingdom
Publisher,Ana Muslim Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 200 g
No. of Pages, 80
Shelf: MUTIARA MINDA / CHILDREN MALAY READERS / MALAY READERS
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Direka khas untuk menjadikan proses pembelajaran sebagai pengalaman yang menghiburkan. Siri ini menggabungjalin keterujaan aktiviti asah otak dan uji minda seperti Cari Kata, Susun Kata, dan Silang Kata dengan aspek akademik seperti kemahiran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain.
Turut mengintegrasikan pendekatan didik hibur sejajar dengan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menerapkan elemen santai dan interaktif dalam pembelajaran di sekolah rendah. Aktiviti uji IQ yang disertakan dengan ilustrasi berwarna-warni dan tema yang menarik, anak-anak pastinya akan lebih berminat, tertarik dan teruja untuk mempelajari ilmu baharu!
Dengan Misi Jelajah Matematik Ana & Fruto Kingdom, belajar matematik kini lebih mudah dan menyeronokkan! Tarik minat kanak-kanak untuk memahami dan menguasai kemahiran matematik melalui pelbagai aktiviti.
Topik-topik asas seperti nombor bulat, pola nombor, operasi, anu, pecahan dan perpuluhan disusun dalam bentuk aktiviti yang mencabar dan menarik untuk membantu kanak-kanak memahami Matematik dengan lebih berkesan