Gapura Iman
Publisher,Dewan Bahasa & Pustaka
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Dia seorang guru yang bercita-cita tinggi. Dalam masa yang sama sentiasa berusaha menjadi isteri dan ibu yang tidak mengabaikan amanah terhadap keluarga. Malah sebagai hamba, dia sering memastikan dirinya taat terhadap Pencipta. Namun kepelbagaian tanggungjawab yang digalas, sering kali menyebabkan masa sering mencemburuinya.
Tawaran kenaikan pangkat sebagai pengetua yang datang tanpa diduga ibarat bulan jatuh ke ribanya. Namun syarat yang harus dipatuhi seakan-akan menjerut leher. Dia tersepit di antara kerjaya dan keluaga kerana kedua-duanya sangat penting. Lantas dia harus memilih yang mana satu?
Ini kisah Nurzihan yang komited terhadap profesion yang digalas. Keutuhan semangatnya dalam menghadapi realiti bahawa permasalahan hidup bukanlah alasan untuk bersikap lemah dan putus asa.