GAYA TUDUNG CHIFFON

ISBN: 9789670618913
Checking local availability
RM9.90
Product Details

Publisher,EDUKID
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Chiffon atau sifon berasal dari Bahasa Perancis, iaitu chiffon yang bermaksud potongan kain. Apabila dilihat di bawah mikroskop, bahan ini kelihatan seperti jaring yang rapi sehingga memudahkannya ditembusi cahaya matahari. Namun, kain chiffon merupakan kain yang sangat ringan yang diperbuat daripada sutera ataupun benang sintetik. Ciri khas baju yang diperbuat daripada kain chiffon adalah kesan jatuh dan ringan. Pada zaman dahulu, kain chiffon sering digunakan dalam membuat baju perkahwinan dan juga gaun malam. Kini, chiffon semakin popular dan penggunaannya semakin meluas. Blouse, skirt, dress, lingerie juga banyak yang diperbuat daripada bahan jenis chiffon. Bahan ini telah menjadi trend dalam beberapa tahun kebelakangan ini.  Ketika ini, pelbagai model tudung yang banyak diperbuat daripada kain chiffon. Bahan chiffon yang nipis biasanya lebih mudah dibuat selendang ataupun tudung. Kenakan inner (ciput ninja) agar menghasilkan penampilan yang menarik. Buku ini memuatkan 30 gaya tudung dengan selendang yang diperbuat daripada kain chiffon dalam pelbagai motif dan warna yang boleh dipakai dalam kegiatan sehari-harian.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)