Gelap

ISBN: 9786297693231
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Buku Fixi
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

"Kejap!" teriak Anip. "At least... bagitau aku sapa kau?"

Orang yang memakai baju hujan tadi perlahan-lahan membuka hood yang menutup kepala. Wajahnya masih samar kerana ketiadaan sumber cahaya.

"Kau..." Reaksi Anip jelas menunjukkan dia sedang terkejut.

"Farewell, Anip," balas orang itu ringkas.

Orang itu menggenggam beberapa biji batu yang kemudiannya dilempar serentak ke atas pokok.

Tass!

Bunyi dengung terus saja kedengaran pada ketika sarang lebah itu pecah menghempas bumi.

My God!

Eva seolah tidak percaya. Tangan yang menekap mulutnya ditekan semakin kuat tatkala melihat sekawan lebah sedang terbang mengerumuni Anip. Bunyi buzzing yang terhasil dari sayap kiri dan kanan lebah yang mengibar laju kedengaran agak kuat. Dan itu bukanlah satu petanda yang baik, obviously.