Gendang Perang

ISBN: 9789670040110
Checking local availability
RM35.00
Product Details

Publisher,BIBLIO PRESS
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 149

"Perang adalah kesinambungan batik dengan cara yang berlainan."

Gendang Perang ialah percubaan Barat dalam memahami peperangan, baik dari sudut dinamik dalamannya mahupun sebagai instrumen dasar. Sejak kemunculan pertamanya pada tahun 1832, naskhah ini telah dibaca oleh seluruh dunia dan telah dijadikan panduan para tentera, negarawan dan golongan intelektual dari pelbagai generasi.

Clausewitz mendasari kajian beliau dengan pemerhatian dan pengalamannya sendiri ketika Revolusi Perancis dan Perang Napoleon. Beliau juga memasukkan contoh-contoh daripada peperangan tersebut dan beberapa peperangan lain bagi menegaskan pernyataannya. Penerokaan yang mendalam beliau terhadap teori strategi telah mengubah landskap peperangan moden.

Dua abad kemudian, Gendang Perang masih kekal sebagai naskhah yang kontroversi dan berpengaruh terhadap pemikiran strategik.

Pemikiran Clausewitz dalam menyusun taktik dan strategi perang telah menjadi kitab rujukan seluruh dunia sejak abad ke-19 hingga kini, dan membawa pelbagai kemenangan dalam konflik, khusus bagi mereka yang mendalami.

Mendalami strategi dan taktik perang ini perlu, namun mengguna pakai teori ini dalam kehidupan kita jauh lebih kritikal.

Buku ini disusun untuk mereka yang sedang menghadapi musuh dan masalah dalam hidup, namun buntu dalam merangka 'pelan perang' tersendiri.

Terjemahan ini tidak menjanjikan kemenangan, tetapi menyediakan idea radikal sebagai tapak untuk anda menuju kejayaan.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)