Gerhana Cinta Yana
Publisher,Love Novel Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Sara Aryana gadis manja dan periang yang tidak pernah mengenal erti cinta menjadi keliru pada saat rasa itu mula mengetuk pintu hatinya. Berulang kali cuba dinafikan perasaan cinta yang mula berputik untuk Haqimie. Bagi Yana, Haqimie hanya dianggap seperti abangnya sendiri.
Mengalah dengan mudah bukan salah satu prinsip dalam hidup Zacqryl Haqimie. Dua kali ditolak oleh Yana tidak menjadikan dia berputus asa untuk memperjuangkan cintanya.
“Cinta ni hadir tanpa abang sedar. Abang cuma minta diberikan peluang untuk rebut hati Yana. Kalau abang masih tak dapat ubah perasaan Yana pada abang, only then, I’ll back off.” – Haqimie.
“Pleaselah Abang Qimie! Jangan cuba pujuk Yana lagi. Tak akan ada cinta selamanya untuk Abang Qimie!” – Yana.
Kehadiran Hafizah di sisi Haqimie membuatkan Yana tertanya-tanya sendiri tentang perasaannya terhadap lelaki itu. Malangnya ketika merencanakan kejutan untuk Haqimie, Yana pula yang dikejutkan dengan berita yang tidak dijangka. Lalu dia pergi jauh membawa hati yang terluka bersama rahsia cintanya yang tersimpan rapi.
“Saya cintakan awak. Saya harap awak berikan saya peluang untuk menjadi imam awak sehingga ke syurga.” – Taufiq
Sekembalinya Yana setelah lama menghilangkan diri, membawa kepada pertemuannya dengan Taufiq Mikael. Kewujudan lelaki itu membawa satu sinar baru ke dalam hidup Yana. Walaupun perasaan cinta terhadap Haqimie masih kukuh, Yana cuba membuka pintu hatinya untuk Taufiq. Kebahagiaan hanya sempat dikecapi seketika sebelum direntap sekelip mata daripada hidupnya.
Kerana peristiwa itu, dia hilang dirinya sendiri. Dia bukan lagi Yana yang dulu. Senyumannya terlalu mahal untuk dilihat. Suaranya sukar untuk didengar. Yana berubah menjadi seorang Sara Aryana yang kerap menyendiri. Hidupnya dirasakan kosong!
Masih adakah sinar kebahagiaan buat Yana? Berjayakah Haqimie mengembalikan Yana yang dahulu? Siapa pula ‘Q’, lelaki misteri yang sering mengganggu ketenteraman hidup Yana? Selama manakah rahsia cinta Yana kepada Haqimie akan kekal menjadi rahsia?