Gilanya Cinta Kita!

ISBN: 9789673652044
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Bercinta bersama, tetapi berkahwin dengan wanita lain. Airis Auni kecewa dengan keputusan kekasih hatinya, Affan, bila dia berkahwin dengan pilihan keluarganya. Kerana duka itu, dia tekad untuk melupakan segalanya.

“Airis, kita kahwin! Jadi isteri kedua Fa'an.” - Affan

Airis Auni ada harga diri! Dia tidak mahu dituduh orang ketiga! Pintu hatinya sudah tertutup untuk menyambung kembali cinta itu. Dia bukan perampas!

“Dia ni bakal isteri aku. Mestilah aku kisah kalau kau ganggu dia!” - Haris Daniel

Terkelu lidah tak terkata. Siapa pemuda itu? Yang penting dia selamat daripada gangguan Affan. Lelaki itu sering hadir setiap kali dia diganggu oleh Affan. Dia bagaikan penyelamat. Dia bagaikan wira. Dan, dia juga buat Airis Auni gila bila ingin mengahwininya. Dia nakal, serius, kelakar dan ada kalanya sangat mencuit hati. Tindakannya walaupun menyakitkan hati tetap membuat hati Airis Auni berdetak laju.

Namun, tiba-tiba Haris Daniel datang dengan gadis lain, mencari baju kahwin. Hati Airis Auni terasa sakit. Sejarah lama bagaikan berulang kembali. Harapan yang diberikan bagaikan meragut jiwa. Haris Daniel hanya mengecewakan hatinya. Kerana kecewa dia meminta ibunya menerima sesiapa sahaja yang melamar. Hari perkahwinan tiba! Hati bagaikan berat untuk izinkannya terjadi. Namun, Airis Auni reda juga. Sah dia menjadi isteri kepada lelaki yang tidak dicintai. Saat tangannya disarungkan dengan gelang siput, dia terkesima. Haris Daniel adalah suaminya!

Hadirnya Zara, bekas kekasih Haris Daniel sering mengganggu emosi Airis Auni. Affan juga tidak pernah jemu memujuk Airis Auni untuk kembali, hingga sanggup ceraikan isterinya semata-mata ingin bersama. Gilanya cinta mereka…

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)