Girl Marry Me

ISBN: 9789672467564
Checking local availability
RM27.00
Product Details

Publisher,Love Novel Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

“Kahwin dengan saya?”

Qayyum dan Syifaa bertemu secara kebetulan di bumi Paris saat kedua-duanya terluka ditinggalkan insan yang tersayang; Syifaa yang dibelenggu masa lalu dan Qayyum yang berani mencuba. Beberapa jam dilamar Qayyum, Syifaa nekad meninggalkan bumi Paris. Mustahil lelaki itu mampu menerima masa lalunya. Kembali ke Malaysia, dia perlu berdepan dengan kebencian orang tuanya. Itu sangat memedihkan, namun tidak mengapa. 26 tahun lalu dia mampu menghadapinya, apalah sangat seketika cuma.

“Aku bukan papa kau! Jangan sesekali kau panggil aku papa lagi. Jauhkan diri kau daripada Adam dan Dila. Jangan ganggu hubungan mereka.” – Encik Arash

“Inilah jantan yang menyundal dengan kau tu? Huh! Tak malu pula terang-terangan berhubungan. Lagi bagus daripada jantan yang dulu.” – Puan Zuyyin

Kata-kata seorang ibu dan ayah sangat memeritkan jiwa seorang Nur Syifaa Zulaika. Kisah hidupnya bukan seperti Cinderella, bukan juga seperti Rapunzel. Kisah dia kisah duka yang tidak bertemu noktah bahagia. Berkalung duka di perjalanan yang nampak tenang, Qayyum kembali.

Permainan takdir dilancarkan oleh Syifaa dan Allah memilih takdirnya dengan Qayyum. Di akhir kalam usaha, dia menyerah. Menerima lamaran lelaki itu tetapi bukankah dia sudah katakan, kisah dia kisah duka yang tiada noktah bahagia.

Saat dia bahagia dengan Qayyum, kebenaran muncul. Tentang Dila, Ryan dan juga Sarah. Bagaimana dia mahu melangkah sekarang? Adakah perlu dia sekali lagi bersaing dengan masa lalu? Pedih! Ia sangat memedihkan. Cinta memerlukan pengorbanan, tapi bukan mengorbankan!

Customer Reviews

Based on 9 reviews
100%
(9)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
I
Ira
Girl Marry Me

Sebuah cerita mengisahkan tentang percintaan Qayyum dan Syifaa. Novel yang menarik , romantik , kekeluargaan serta sarat dengan pengorbanan kasih sayang. Novel best untuk dibaca.

R
Rehan
Girl Marry Me

Penuh dengan pengorbanan kasih sayang keluarga. Jalan cerita yang menarik. Harus memiliki buku ini untuk mengetahui lebih lanjut di akhir cerita ini.

R
Rehan
Girl Marry Me

Penuh dengan pengorbanan kasih sayang keluarga. Jalan cerita yang menarik. Harus memiliki buku ini untuk mengetahui lebih lanjut di akhir cerita ini.

N
Noramalina shamsudin
Girl Marry Me

Sebuah cerita yang mengisahkan tentang pencintaan Qayyum dan Syifaa. Syifaa di selububgi kisah lama yang tidak dpt dilupakan, dan takut untuk menerima Qayyum dgn kisah lamanya. Ikuti jalan cerita yang menarik ini. Wajib dapatkan.

b
biey
Terbaik!

Sebuah novel yang menarik, romantik, kekeluargaan serta sarat dengan pengorbanan kasih sayang. Terbaik, memang menarik utk dibaca.