Goncang Sebelum Guna

ISBN: 9789671331880
Checking local availability
RM20.00
Product Details

Publisher,Kata-Pilar Books
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 300 g
No. of Pages,

Saya dan Aida Ahmad (kini Dr) duduk semeja ketika ujian amali Sains (kimia), lamaaaa dulu. Saya di hujung sini; Aida di hujung sana.
 
Ujikaji saya barai. Tak tahu apa silapnya. Jadi saya terpaksa 'menumpang' ujikaji Aida dengan cara memerhatinya dari jauh. Saya 'psst! psst!' Aida. Aida kenyit mata dan kata 'Ok!'
 
Aida masukkan sebatian ke dalam tabung uji, goncang dengan tangan, dan panaskan dengan penunu bunsen, kemudian, Aida pandang saya; dia memuncungkan bibir mongelnya macam perempuan jahat dalam filem-filem penyiasatan selalu buat apabila nak mengorat hero. "What?" Kata saya, dengar tak dengar. Aida keep on buat macam tu...mmm...sampai tamat masa.
 
Di luar makmal saya tanya Aida apa maksud perlakuannya tadi. Aida kata, "Letupan 'Pop!' terhasil" (Pemerhatian untuk ujikaji tersebut). Huh. Damn! Mati-mati saya ingatkan Aida cuba untuk mengorat saya tadi... *bahak*!
 
Tapi buku ini bukan kisah saya dan Aida. Bukan!
 
Buku GONCANG SEBELUM GUNA ini adalah himpunan cerita runcit-runcit dan santai beberapa orang doktor yang saban hari berhadapan dengan pelbagai kerenah pesakit mereka. Ada cerita suka, ada cerita duka, tetapi best-best semuanya. Serius!
 
Cerita-cerita mereka macam sebatian dari beberapa unsur yang kalau Aida-lah yang membuatnya, maka letupan 'Pop!' akan terhasil.
 
Kata pepatah, tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia. Seperti sebatian yang Aida bubuh di dalam tabung uji itu- kalau kamu goncang buku ini dan panaskan sebelum membacanya- letupan 'Pop!' mungkin terhasil. Dan kalau kamu lelaki, maka 'dunia' kamu akan bergoncang. Cubalah!

Customer Reviews

Based on 3 reviews
67%
(2)
33%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
S
Saiful Hidayat
Goncang Sebelum Guna

perkongsian sekumpulan doktor perubatan akan pengalaman mereka yang berhadapan dengan pelbagai karenah pesakit meraka. menarik untuk dijadikan pengajaran

S
Saiful Hidayat
Goncang Sebelum Guna

perkongsian sekumpulan doktor perubatan akan pengalaman mereka yang berhadapan dengan pelbagai karenah pesakit meraka. menarik untuk dijadikan pengajaran

W
Wan
recommended

Tajuk buku yang unik telah awal-awal dilihat menarik. Dihimpunkan tulisan beberapa orang doktor daripada pelbagai pengkhususan, menghasilkan perkongsian cerita daripada beberapa wad dan klinik berbeza, seperti wad kanak-kanak, psikiatri dan Bahagian Kecemasan.
Kisah-kisah mereka mungkin asalnya dituliskan dalam blog masing-masing, justeru gaya tulisan setiap mereka tidak sama dan dibiarkan kekal oleh editornya.