Goodbye Sedih Dan Kecewa
Publisher,Puteh Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Bacaan Umum / Bacaan Umun - Lain-Lain
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Hidup adalah perpisahan daripada satu masalah ke masalah yang lain. Apabila lulus satu ujian, kita akan berdepan dengan ujian seterusnya. Begitulah seterusnya.
Maka, sebagai Muslimah, kita sepatutnya memiliki pertahanan diri yang kuat terhadap serangan masalah. Sekiranya tidak, kita akan terumbang ambing sehinggakan tidak lagi dapat merasakan indahnya kehidupan.
Tidak mudah untuk menjadi Muslimah cekal yang mampu menguruskan semua masalah dengan sempurna. Kadangkala kita sebagai manusia biasa berasa penat, sesak, keliru dan mungkin bosan.
Kadangkala hati kita dirundung sepi sehingga tidak mampu melihat jalan keluar dengan lebih jelas.
Setiap kali kita menghadapi permasalahan dalam hidup, jangan la kita cepat berputus asa. Setiap dugaan dan cabaran yang kita tempuh pasti ada hikmahnya. Begitulah yang dapat kita baca dalam buku ini, yang khusunya untuk kaum wanita. Menceritakan masalah masalah yang dihadapi oleh para wanita dan cara untuk menanganinya. Sangat menyentuh emosi.
Sebuah buku yang memaparkan ketabahan seorang manusia bernama wanita. Setiap manusia pasti akan menghadapi masalah dalam kehidupan tidak terlepas juga wanita. Dalam buku ini ditekankan 5 permasalahan iaitu permasalahan dengan diri sendiri,suami,anak, jiran,rakan dan Alam sekitar. Buku ini memberi cara kepada wanita untuk bangkit dengan lebih kuat dalam menghadapi pancaroba hidup. Recommended buat semua wanita.
This book emphasizes our self -confidence when doing something as well as when facing trials, whether sadness or failure. Even if we have high intelligence and abilities it is not certain that we can make a decision and do it if we are not confident that we will succeed, it will all be in vain. Once failed not the next will fail, Trust Yourself!
Penulis memberi fokus kepada bagaimana untuk memotivasikan diri dan memperkasakan wanita dalam pelbagai aspek kehidupan,diinspirasikan daripada pengalaman serta sudut pandangan beliau, dilengkapi dengan sirah nabi yang mempunyai seribu satu pengajaran.Penulis juga lebih menekankan aspek kelemahan diri sebagai sumber kekuatan,serta pentingnya keyakinan diri dan kebergantungan kita terhadap Allah kerana Allah adalah sebaik-baik perancang.
Buku ini juga amat sesuai dijadikan rujukan sebagai jawapan kepada permasalahan yang dihadapi oleh kaum wanita.